19 March 2010

PRIME NUMBERS / NOMBOR PERDANA

Reactions: 
1.  Nombor yang hanya boleh dibahagi tepat dengan 1 dan dirinya sahaja.
2.  Nombor perdana bermula daripada nombor 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, dan seterusnya.
3.  9 bukan nombor perdana kerana nombor ini boleh juga dibahagi dengan 3 selain daripada 1 dan 9.
Contoh 1: Senaraikan empat nombor perdana yang pertama yang lebih besar daripada 10.
Penyelesaian: 
Langkah 1 Senaraikan semua nombor ganjil yang lebih besar daripada 10.
Langkah 2 Pilih empat nombor perdana yang pertama
Nombor Ganjil : 11, 13, 15, 17, 19, 21, 23, ....
Nombor Perdana: 11, 13, 17 dan 19 (empat yang pertama)
Contoh 2 : Tuliskan 12 sebagai hasil tambah nombor perdana.
Penyelesaian: Ada banyak jawapan di antaranya ialah:
(i)   2+3+7
(ii)  5 + 7
Tips: Ingat semua nombor perdana yang kurang daripada 10.

13 comments:

  1. kalau dikata :senaraikan semua nombor perdana yang kurang daripada 60 dan jumlah digit ialah 11

    ReplyDelete
  2. Langkah 1: Senarai semua nombor perdana 2 digit yang kurang darrpada 60
    Langkah 2: Cari nombor perdana daripada senarai tersebut yang jumlah digitnya = 11

    Jawapan :

    Langkah 1 : 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43, 47, 53, 59
    Langkah 2 : 29 --> 2 + 9 = 11 ; 47 --> 4 + 7 = 11

    Oleh itu : 29 dan 47 yang menepati kedua-dua syaratnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x faham la langkah 2.boleh terangkan lebih jelas lagi.

      Delete
    2. Langkah 2 : Dari senarai nombor perdana itu, pilih nombor yang bila di tambah digit pertama dan digit kedua dapat 11.
      Jadi dari senarai nombor perdana yang menepati syarat hanyalah nombor 29 dan 47 sahaja.
      29 iaitu 2 + 9 dapat 11
      47 iaitu 4 + 7 dapat 11
      Jawapan : Nombor perdana yang kurang dari 60 dan jumlah digit 11 ialah 29 dan 47 sahaja.

      Harap dapat faham dengan penjelasan ini.

      Delete
  3. Salam sejahtera :) Saya ingin bertanya, adakah no. perdana ini hanya terdiri drpd no. ganjil? dan tidak ada no. genap? -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nombor perdana terdiri dari nombor ganjil, nombor genap yang juga nombor perdana hanyalah nombor 2. Nombor genap selain 2 bukan nombor perdana sebab nombor itu boleh juga dibahagi dengan 2 selain dirinya dan 1. Contohnya 8, boleh bahagi dengan 2 dapat 4 juga boleh bahagi dengan 1 dapat 8, bila bahagi dengan 4 dapat 2 dan bila bahagi dengan 8 dapat 1.

      Delete
    2. Oh, sekarang saya lebih faham. :) Terima kasih yaa.

      Delete
    3. Sama-sama lee siau fen

      Delete
  4. boleh berikan senarai nombor2 perdana?

    ReplyDelete
  5. boleh senaraikan nombor2 perdana tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2,3,5,7,11,13,17,19,23,29,31,37,41,43,47,53,59,61,67,71,73,79,83,89 dan seterusnya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...