Showing posts with label Prime numbers. Show all posts
Showing posts with label Prime numbers. Show all posts

05 March 2011

PRIME NUMBERS / NOMBOR PERDANA


Contoh 1 : Tentukan sama ada setiap nombor berikut ialah nombor perdana atau bukan

  
Penyelesaian :
(a) 13 ialah nombor perdana kerana hanya boleh dibahagi tepat dengan 1 dan 13.

(b) 123 bukan nombor perdana.
Apabila ditambah digit-digitnya didapati hasiltambah boleh dibahagi tepat dengan 3 bermakna nombor itu boleh dibahagi tepat dengan 3 juga. Iaitu 1 + 2 + 3 = 6, 6/3 = 2, 123 / 3 = 41


Contoh 2 : Senaraikan nombor perdana antara 50 dan 60
Penyelesaian : 
Nombor ganjil antara 51 dan 60 = 51, 53, 55, 57 dan 59
Nombor perdana = 53 dan 59

19 March 2010

PRIME NUMBERS / NOMBOR PERDANA

1.  Nombor yang hanya boleh dibahagi tepat dengan 1 dan dirinya sahaja.
2.  Nombor perdana bermula daripada nombor 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, dan seterusnya.
3.  9 bukan nombor perdana kerana nombor ini boleh juga dibahagi dengan 3 selain daripada 1 dan 9.

Contoh 1: Senaraikan empat nombor perdana yang pertama yang lebih besar daripada 10.

Penyelesaian: 
Langkah 1 Senaraikan semua nombor ganjil yang lebih besar daripada 10.
Langkah 2 Pilih empat nombor perdana yang pertama
Nombor Ganjil : 11, 13, 15, 17, 19, 21, 23, ....
Nombor Perdana: 11, 13, 17 dan 19 (empat yang pertama)

Contoh 2 : Tuliskan 12 sebagai hasil tambah nombor perdana.

Penyelesaian: Ada banyak jawapan di antaranya ialah:
(i)   2+3+7
(ii)  5 + 7
Tips: Ingat semua nombor perdana yang kurang daripada 10.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...